in ,

10 Perkara Paling Epik Hanya Budak Sekolah Era 90an Saja Yang Tahu

Zaman sekarang, mungkin dah tak wujud semua ini

Kalau ada peluang jumpa kawan lama masa zaman persekolahan dulu, mesti banyak topik yang nak ’throwback’, daripada kisah nakal yang pernah dibuat seperti ponteng sekolah, panjat pagar sampailah ‘crush’ kita ketika itu, memang tak kering gusi dibuatnya. Berjam-jam mengimbau kenangan zaman hingusan pun mesti tak cukup.

Tanpa gajet, kehidupan budak zaman itu sudah sangat menyeronokkan. Kita ‘throwback’ sikit kenangan yang tak mungkin dapat dipadam daripada memori korang.

1.’Awning’ tudung sekolah guna plastik keras

Sebelum wujudnya macam-macam jenis produk pengeras muncung tudung macam yang banyak dijual sekarang, budak sekolah perempuan zaman 90an memang kreatif. Mana taknya, plastik keras yang biasa jadi ‘cover’ folio dipotong lurus tiga ke empat bahagian, kemudian selitkan plastik itu di muncung tudung.

Hasilnya, tudung pun terletak cantik walau ditiup angin, tak payah nak hembus-hembus lagi muncung tudung nak bagi elok.

 

  1. Surat cinta tabur bedak

Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas, pen merah pen biru ‘you’ marah ‘I love you’. Dua ayat ini dulu pernah jadi ayat popular nak mengorat dalam surat cinta si jejaka kepada gadis pujaan.

Tapi nak lagi ‘best’, ada yang terlebih rajin menabur bedak atas surat sebelum melipatnya dan dimasuk dalam sampul, nak nampak romantiklah konon. Nah, habis berterabur bedak kat atas kain/seluar si jantung hati yang membukanya.

Memang kenangan mengusik jiwa betul!

 

3.Kad nama

Ada lagi yang masih simpan kad nama kawan-kawan korang? Ini juga antara benda wajib ada bagi budak sekolah rendah dan menengah 90an.

Ada yang sanggup menabung duit belanja semata-mata nak menempah kad nama klasik ini. Maklumlah, zaman itu mana ada telefon bimbit untuk simpan alamat dan nombor telefon rumah kawan-kawan sekelas.

  1. Buku biodata

Ini pun hampir semua orang ada, macam trend pula zaman itu. Kalau zaman sekarang ada Facebook, budak sekolah dulu ada buku biodata yang mana kawan-kawan perlu tulis butir diri sendiri dalamnya. Semua pasal diri kawan kita boleh tahu termasuk cita-cita, tarikh lahir, hobi, makanan dan minuman kegemaran, impian dan harapan mereka.

Paling lucu, semua jenis sahabat pun kita tulis termasuk sahabat karib, sejati dan baik yang semuanya orang berbeza.

5.Main rebut tiang

Kadang-kadang ada yang sanggup datang awal ke sekolah sebab nak main permainan ini. FIkir balik memang lawak pun ada, iyalah, tiang pun boleh dijadikan permainan menghiburkan.

Cara bermain iaitu pemain yang memegang tiang harus mencari pasangan untuk menukar tiang dalam masa yang pantas. Permainan ini tak memerlukan kiraan mata tapi hanya pemain yang sering menjadi ” perebut tiang” saja dianggap kalah.

Di sekolah biasanya ada laluan dengan sebaris tiang yang jadi ‘spot’ terbaik untuk permainan ini. Tak kira masa kalau lalu saja kawasan ini sebelum perhimpunan, semasa waktu rehat atau habis sekolah mesti ada saja sekumpulan budak sekolah yang berlari merebut tiang.

  1. Buku lirik lagu

Sebelum wujudnya internet, bukan main susah lagi nak buat carian lirik lagu. Jadi, ada sesetengah orang sanggup menyalin semula lirik lagu melalui siaran radio yang memainkan lagu kegemaran. Ada juga yang memainkan kaset lagu yang direkod berulang kali sambil menyalin liriknya.

Tak kurang juga yang dapatkan sumber daripada majalah atau meminjam ‘cover’ kaset album yang mengandungi lirik lagu artis kegemaran. Gigih betul!

7.Walkman

Sesiapa yang ada Walkman zaman 90an dikira hebatlah masa itu, macam lambang kemegahan pun ada juga. Sebelum wujud telefon pintar dan aplikasi canggih, pemain kaset ini juga banyak berjasa khususnya pelajar sekolah berasrama penuh untuk memecah kesunyian dan menghilangkan tekanan belajar.

Masih ada ke yang simpan lagi gajet ‘antik’ ini?

  1. Dompet jenama Alien Workshop

Dompet ini memang ‘legend’! Semestinya jadi kegilaan pelajar lelaki tak kiralah masih bersekolah rendah atau menengah, sanggup ikat perut menabung semata-mata nak ikut trend terkini ketika itu. Yang dah berjaya beli dompet ini, memang sayang habislah sampai boleh pakai bertahun-tahun!

 

  1. Kad Hari Raya

Seminggu sebelum Aidilfitri memang masa yang ditunggu-tunggu budak sekolah sebab nak berbalas kad raya. Zaman ini, paling popular kad raya dengan ilustrasi kartun dan masing-masing berlumba siapa paling banyak dapat kad raya.

Menariknya, kad raya yang diterima semua ahli keluarga selalunya dikumpul dan dijadikan perhiasan sama ada dengan menggantungnya ke dinding atau pokok bunga. Momen semasa menghias kad raya pada malam raya inilah yang paling best, rasa meriah sangat!

  1. Fido dido

Akhir sekali, karakter kartun ikonik penghujung tahun 80an hingga 90an ini pun memang ‘legend’. Terkenal sebagai maskot atau ikon bagi minuman berkarbonat 7 Up, Fido Dido juga popular di kalangan budak sekolah ketika itu. Daripada beg sekolah, kotak pensel, jam tangan dan banyak lagi merchandise lain dengan karektor ini memang jadi kegilaan. Jadi, siapa yang biasa dengan karektor ini, tentu korang sekarang dah berusia lebih 30 tahun atau awal 40an kan?

Written by Ezri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

UMNO, BN mohon maaf peningkatan kes COVID-19

Tangguh pendaftaran fizikal pelajar IPT baharu, lama